Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia

Bernama
November 1, 2023 17:33 MYT
Rossiyskaya Gazeta melaporkan bahawa Bulgaria akan mengekstradisi pewartanya Alexander Gasyuk tanpa sebarang alasan akan langkah itu. - Gambar fail
MOSCOW: Rusia akan mengambil tindak balas terhadap keputusan pihak berkuasa Bulgaria membatalkan akreditasi pewarta akhbar Rossiyskaya Gazeta, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova pada Rabu, lapor Sputnik.
Pada Selasa, Rossiyskaya Gazeta melaporkan bahawa Bulgaria akan mengekstradisi pewartanya Alexander Gasyuk tanpa sebarang alasan akan langkah itu.
Pewarta itu memaklumkan akhbar itu bahawa kedutaan Rusia di Sofia menerima makluman daripada Kementerian Luar Bulgaria mengenai pembatalan akreditasinya dan seterusnya ekstradisi beliau.
"Ini adalah satu lagi tindakan menyalahi undang-undang oleh NATO terhadap wartawan Rusia. Kami akan bertindak balas," tulis Zakharova di Telegram.
-- BERNAMA
#Rusia #wartawan #bulgaria #akreditasi
;