Morsi guna kuasa presiden pecat Pendakwaraya Negara

Associated Press
November 23, 2012 08:54 MYT
Presiden Mesir, Mohamed Morsi bertindak memecat Pendakwaraya Negara itu, Abdel Maguid Mahmoud semalam.
Tempat beliau digantikan dengan Talat Abdullah.
Selain itu Mohamed Morsi turut mengarahkan perbicaraan semula pemimpin-pemimpin era bekas presiden, Hosni Mubarak yang terlibat melakukan keganasan semasa demonstrasi besar-besaran tahun lalu.
Tindakan diambil sebagai sebahagian langkah kerajaan menenangkan penunjuk perasaan yang menuntut perbicaraan semula diadakan.
Abdel Maguid juga didakwa sebelum ini gagal mengumpulkan bukti dengan betul bagi mengaitkan pertuduhan terhadap puluhan anggota polis yang melakukan keganasan sepanjang tunjuk perasaan.
Pendakwaraya yang baru akan menjawat jawatan itu untuk tempoh empat tahun.
Sebelum ini Presiden Mesir tidak mempunyai kuasa untuk melakukan pemecatan namun selepas pindaan perlembagaan, Mohamed Morsi kini diberi kuasa yang lebih untuk bertindak demikian.
Presiden turut memberikan kekebalan kepada ahli panel yang merangka perlembagaan baru.
Sebelum ini mahkamah mengancam membatalkan perlembagaan baru yang diluluskan.
#Mesir #Mohamed Morsi #pendakwaraya #Perlembagaan
;