Mahkamah Mesir pada Sabtu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi yang disabitkan atas kesalahan mengintip.
Keputusan turut menjatuhkan hukuman mati terhadap enam lagi tertuduh bersama yang didakwa diatas kesalahan yang sama.
Menurut peguam Morsi, untuk hukuman penjara seumur hidup, Morsi didapati bersalah kerana memimpin organisasi yang tidak sah, manakala hukuman penjara 15 tahun lagi kerana bersalah ‘mencuri dokumen rahsia berkaitan keselamatan negara’.
Morsi yang sebelum ini dijatuhkan hukuman mati bagi pendakwaan berasingan, adalah presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik, namun disingkirkan dari jawatannya pada 2013 oleh tentera.
Mereka yang dihukup mati, didapati bersalah kerana memberikan dokumen rahsia kepada Qatar. Antaranya adalah tiga wartawan, dua darinya dari stesen televisyen Al-Jazeera.
Stesen TV itu dalam satu kenyataan mengutuk hukuman itu dan menganggap keputusan dipengaruhi unsur politik.
Kerajaan Qatar dalam reaksinya menganggap hukuman sebagai berlandaskan perkara yang tiada asasnya, tidak benar dan boleh diragui.
AFP
Sun Jun 19 2016

Morsi yang sebelum ini dijatuhkan hukuman mati bagi pendakwaan berasingan, adalah presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik. - Foto AFP / MOHAMED EL-SHAHED

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Bukit Aman serbu pejabat Al-Jazeera, rampas beberapa peralatan
Polis telah menjalankan serbuan terhadap pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera selain turut merampas beberapa peralatan.