Morgan Tsvangirai meninggal dunia di usia 65 tahun
Agensi
Februari 14, 2018 06:35 MYT
Februari 14, 2018 06:35 MYT
Ketua Pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai meninggal dunia pada petang Rabu di usia 65 tahun.
Berita tersebut disahkan oleh jurucakap partinya pada Rabu.
Timbalan presiden bagi Movement for Democratic Change, Elias Mudzuri berkata Tsavngirai meninggal dunia di sebuah hospital di Johhanesburg akibat kanser kolon yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.
Tsvangirai merupakan pencabar utama bekas presiden Robert Mugabe selama bertahun-tahun bahkan pernah menjadi perdana menteri Zimbabwe pada 2009 sehingga 2013.
Beliau juga pernah menjadi setiausaha jeneral bagi Kongres Kesatuan Pekerja Zimbabwe pada 1998 dan pada 1999, Tsvangirai membantu menubuhkan parti Movemnet for Democratic Change dan mula dikenali sebagai tokoh pembangkang di sana.
#Johhanesburg
#Ketua Pembangkang Zimbabwe
#meninggal dunia
#Morgan Tsvangirai
#Movement for Democratic Change
#Robert Mugabe
#Zimbabwe