Moon Jae-in Presiden baharu Korea Selatan
Agensi
Mei 9, 2017 00:02 MYT
Mei 9, 2017 00:02 MYT
Bekas peguam hak asasi manusia, Moon Jae-in mendahului pilihan raya Presiden Korea Selatan, menurut keputusan tidak rasmi.
Kemenangan calon parti Liberal itu mengakhiri hampir sedekad pemerintahan parti Konservatif.
Meskipun tiada pengumuman rasmi dibuat, dua lagi calon presiden Ahn Chael-Soo dan Hong Joon-pyo mengaku kalah.
Pemilihan Jae-in juga dijangka mengakhiri kegawatan politik Korea Selatan.
Pemilihan baru Presiden diadakan selepas bekas Presiden Park Geun-hye digulingkan dan didakwa atas tuduhan rasuah.