Monyet ibarat anak sendiri
Agensi
Februari 23, 2013 14:04 MYT
Februari 23, 2013 14:04 MYT
Seorang pekerja sebuah pusat penjagaan haiwan liar di Bogota, Colombia amat sayangkan seekor anak monyet ibarat kasih seorang ibu kepada anak sendiri.
Dengan penuh kasih sayang, Martha Silva menjadikan seekor anak monyet yang kehilangan ibu seperti anaknya sendiri.
Anak monyet malang itu sebelum ini ditemui terbiar sendirian oleh orang awam di tepi sebuah lebuh raya.
Ketika itu berat bayi monyet itu cuma kira-kira 100 gram.
Setiap tiga jam, Silva akan memberi susu yang dicampur dengan vitamin.
Dan hasil ketekunan dan kasih sayang Silva, anak monyet itu kini membesar dengan terurus dan sihat.