Monumen terpenting kota Palmyra dibom IS
Reuters
Oktober 5, 2015 11:26 MYT
Oktober 5, 2015 11:26 MYT
Kumpulan Militan Negara Islam (IS) bertindak meletupkan Arch of Triumph iaitu monumen utama warisan usang Rom di kota Palmyra yang berusia 2,000 tahun, pada Ahad.
Menurut Ketua Barangan Antik Syria, Maamon Abdulkarim, pihak Palmyra mengesahkan bahawa monumen yang menyimpan artifak sejarah seumpama khazanah tidak ternilai itu telah dimusnahkan oleh kumpulan tersebut.
IS sebelum ini turut mengebom dua candi purba di Syria yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi beberapa bulan lalu.
Militan IS turut meletupkan beberapa bangunan bersejarah lain di Palmyra dan menganggap bangunan-bangunan tersebut sebagai satu perkara yang melanggar kesucian.
Pada Ogos lalu, kumpulan militan Islam Sunni yang meletupkan kuil Baal Shamin, atau Kuil Bel, salah satu tempat terbaik yang dijaga sejak era Rom.
Awal bulan ini, IS turut memusnahkan makam-makam sejarah yang menempatkan golongan ternama di Palmyra.
Palmyra merupakan salah satu daripada pusat-pusat kebudayaan terpenting dalam dunia purba, menurut agensi budaya UNESCO, yang turut menyifatkannya sebagai persimpangan beberapa tamadun.
Menurut UNESCO, tindakan IS merupakan satu jenayah perang dan bertujuan menghapuskan bukti warisan Syria.