Montenegro catat dua kes pertama COVID-19

Agensi
Mac 18, 2020 09:23 MYT
Perdana Menteri Montenegro Dusko Markovic dalam satu sidang media berkata mangsa masing-masing merupakan dua wanita yang pernah ke Amerika Syarikat dan Sepanyol, sebelum disahkan positif COVID-19. (Foto AP)
DUA kes pertama positif COVID-19 dilaporkan di Montenegro pada Selasa, sekali gus menyaksikan negara kecil di Laut Adriatik itu tidak lagi bebas pandemik tersebut.
Perdana Menterinya, Dusko Markovic pada satu sidang media berkata, kedua-dua mangsa adalah wanita, masing-masing pernah ke Amerika Syarikat dan Sepanyol, sebelum disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun, katanya rakyat di negara itu tidak perlu panik memandangkan situasi masih terkawal.
Montenegro telah memperkenalkan langkah-langkah menyeluruh dalam mengekang pandemik COVID-19, dengan harapan negara itu bebas jangkitan tersebut.
Langkah tersebut termasuk menghentikan perkhidmatan udara, kereta api dan pengangkutan awam lain, selain menutup kafe dan pusat kecergasan.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #HAPUSCOVID19 #koronavirus #Montenegro #pandemik #sepanyol #wabak #wanita
;