Mohammad Redzuan: Mesir tidak akan manfaat jika Morsi letak jawatan
Astro Awani
Jun 30, 2013 07:45 MYT
Jun 30, 2013 07:45 MYT
Dakwaan 22 juta rakyat Mesir yang menandatangi penuntutan pengunduran Morsi meletak jawatan telah dipertikai oleh seorang penganalisa politik Asia Barat.
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata angka berkenaan sengaja diperbesarkan media Barat yang ingin memberi gambaran buruk pentadbiran yang didokong pemimpin Ikhawanul Muslimin.
Katanya angka yang diberi tidak munsabah kerana pelantikan Morsi sebelum ini mendapat sokongan rakyat Mesir dan dibuat melalui saluran demokrasi.
Redzuan turut berkata tunjuk perasaan ini dikatakan gimik pembangkang yang tidak mendapat mandat rakyat pada pilihan raya Mesir lalu.
Beliau menambah perletakkan jawatan Morsi tidak memberikan keuntungan kepada negara itu, malah akan menjadikan politik dan ekonomi negara itu tidak stabil.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.