Mohamed Morsi disingkir, Adly Mansour presiden sementara
Astro Awani
Julai 4, 2013 08:10 MYT
Julai 4, 2013 08:10 MYT
Tentera Mesir akhirnya menyingkirkan Presiden Pertama negara itu yang pilih secara demokrasi selepas setahun memerintah.
Serentak itu tentera mengumumkan penggantungan perlembagaan, pembentukan kerajaan sementara dan satu pilihan raya baru.
Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.
Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan.
Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohammed dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater.
Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti Presiden Mohammed Morsi.
Mohammed dalam kenyataannya beberapa jam sebelum pengumuman dibuat menyifatkan insiden kali ini sebagai satu rampasan kuasa penuh oleh tentera.
Tentera bagaimanapun menafikan ia suatu rampasan kuasa sebaliknya menegaskan, tindakan mereka adalah bagi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan pentadbiran baru.