Mohamed Morsi dipenjara 20 tahun

Agensi
April 21, 2015 17:18 MYT
Bekas Presiden Mohamed Morsi didakwa terlibat dalam penangkapan dan penyiksaan terhadap penunjuk perasaan semasa pemerintahannya. -Gambar fail
Mahkamah Mesir pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas presiden Mohamed Morsi dan 12 defendan lain kerana terlibat dalam penangkapan dan penyiksaan terhadap penunjuk perasaan semasa pemerintahannya.
Tetapi mahkamah membebaskan Morsi - Presiden Mesir pertama dipilih secara bebas – daripada dakwaan membunuh yang boleh menyebabkan dia dihukum mati atas pembunuhan seorang wartawan dan dua penunjuk perasaan semasa pertempuran di luar istana presiden pada tahun 2012.
#20 Tahun #Kaherah #Mohamed Morsi #penjara #Presiden Mesir
;