Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Agensi
Disember 13, 2024 23:49 MYT
Disember 13, 2024 23:49 MYT
DAMSYIK: Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Di halaman masjid, ramai warga Syria mengibar bendera yang diterima oleh badan pemerintah baru Syria, manakala kata-kata solidariti turut dilaungkan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Interim Syria, Mohamed al-Bashir, memimpin solat dan menyampaikan khutbah menyeru mewujudkan rasa belas kasihan dan perpaduan.
“Jadikan Syria sebagai simbol kebebasan. Biarkan Syria menjadi simbol belas kasihan,” kata al-Bashir.
Sejak kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang dipimpin oleh Sharaa menggulingkan Bashar al-Assad pada Ahad lalu dengan pimpinan sebuah pakatan pemberontak, anggota pegawai mereka sehingga minggu lalu mengendalikan pentadbiran Islamik di kawasan terpencil di barat laut Syria telah berpindah ke ibu pejabat kerajaan di Damaskus.
Mohammed al-Bashir dilantik sebagai Perdana Menteri sementara Syria hasil sokongan kumpulan pemberontak yang menumbangkan Presiden Bashar al-Assad, baru-baru ini.
Dalam ucapan ringkas di televisyen negara itu, pemimpin Salvation Government itu berkata, beliau akan mentadbir Syria sehingga 1 Mac 2025.