Mogok pekerja jejas perkhidmatan keretapi di London

Astro Awani
Disember 17, 2022 00:20 MYT
Sebuah keretapi dilihat diparkir di salah satu stesen di London. - Foto AP
LONDON: Mogok pekerja rangkaian keretapi di United Kingdom (UK) menjejaskan perjalanan penumpang ke lapangan terbang.
Sebahagian pelancong terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk ke destinasi kerana menggunakan pengangkutan alternatif lain.
Antara yang terkesan, penumpang yang tiba di terminal utara Lapangan Terbang Gatwick di London.
Sebahagiannya terpaksa menggunakan bas atau pengangkutan lain.
Mogok pekerja Kesatuan RMT dilancarkan bagi tempoh 48 jam, sebanyak dua kali bermula Selasa ke Rabu.
Ia kemudian diteruskan pada Jumaat dan dijangka tamat pada Sabtu.
Mogok ini menyebabkan hampir separuh perkhidmatan di UK terjejas.
Mogok dilancarkan selepas kesatuan menolak tawaran gaji dan syarat bekerja dari Network Rail, yang mengendalikan 14 rangkaian keretapi dan operasi syarikat.
#mogok pekerja #perkhidmatan keretapi #pelancong #lapangan terbang