Mogok di Brazil semakin reda selepas kerajaan umum subsidi diesel
Agensi
Mei 28, 2018 07:12 MYT
Mei 28, 2018 07:12 MYT
Mogok dan protes yang berlangsung selama beberapa hari di bandar ini semakin reda selepas presiden Michel Temer mengumumkan pemberian subsidi sepuluh peratus oleh kerajaan pada Ahad.
Hampir 600,000 pemandu lori dan trak terlibat dalam protes itu sebelum ini akibat berang dengan harga diesel yang tinggi.
Mogok berterusan selama lebih seminggu menyebabkan aktiviti ekonomi seluruh negara hampir lumpuh.
Perkara sama juga menyebabkan kekurangan bekalan stok jualan di pasar raya utama di ibu negara serta memaksa ribuan sekolah ditutup dan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.
Susulan kejadian itu, Temer mengumumkan pada Ahad bahawa kerajaan akan membekalkan subsidi 10 peratus harga diesel selama 60 hari.
Selain itu, harga tol juga akan dikurangkan.
Namun tiada laporan lanjut mengenai respon pemandu susulan pengumuman tersebut.