Modi rombak kabinet, lantik wanita terajui Kementerian Pertahanan India
Agensi
September 3, 2017 17:20 MYT
September 3, 2017 17:20 MYT
Perdana Menteri India Narendra Modi hari ini mengumumkan pelantikan Nirmala Sitharaman sebagai Menteri Pertahanan dalam rombakan kabinet terbaharunya.
Tindakan dilihat sebagai mengurangkan tekanan terhadap tuntutan janji pilihan raya oleh rakyat negara itu menjelang baki 20 bulan lagi penggal pemerintahan Modi.
Seorang pegawai kanan Istana Presiden berkata “Nirmala Sitharaman akan memegang portfolio pertahanan”.
Sebelum ini Arun Jaitley menjawat jawatan Menteri Pertahanan manakala Sitharaman adalah menteri hal ehwal perdagangan.