Modi alami kekalahan besar dalam pilihan raya negeri

Astro Awani
Disember 11, 2018 07:45 MYT
Narendra Modi bercakap kepada media di kawasan Parlimen di New Delhi, India, 11 Disember, 2018. REUTERS
Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP), hilang kuasa di tiga negeri utama pada Selasa, satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri Narendra Modi sejak beliau memegang kuasa pada 2014.
Keputusan pilihan raya negeri yang menyaksikan kekalahan besar parti pimpinan Modi itu juga mengukuhkan kedudukan pembangkang menjelang pilihan raya umum tahun depan.
Keputusan di Rajasthan, Chhattisgarh dan Madhya Pradesh itu mungkin memaksa kerajaan persekutuan untuk meningkatkan perbelanjaan di kawasan luar bandar, di mana satu pertiga daripada 1.3 bilion penduduk India tinggal.
Sementara itu, Parti Kongres Nasional pimpinan Rahul Gandhi menguasai lima negeri.
Pilihan raya negeri dianggap ujian buat Modi yang mungkin akan bertembung dengan Gandhi dalam pilihan raya umum.
Modi dalam pada itu mengucapkan terima kasih dan akur kepada kehendak pengundi di tiga negeri yang sebelumnya merupakan kubu kuat BJP itu.
Beliau turut menulis di Twitter: "Menang dan kalah adalah sebahagian daripada kehidupan. Keputusan hari ini akan meningkatkan kesungguhan kami untuk berkhidmat kepada rakyat dan bekerja lebih keras demi pembangunan India."
#BJP #India #kalah #Narendra Modi #negeri #pilihan raya
;