Model ternama Pakistan, Zara Abid, antara dikhuatiri terkorban dalam nahas pesawat

Agensi
Mei 22, 2020 23:39 MYT
Dalam kalangan ribuan peminat Zara, mereka masih menunggu pengesahan rasmi tentang nasib model itu. - Instagram/Zara Abid
Seorang model fesyen ternama asal Pakistan dipercayai salah seroang mangsa nahas pesawat Pakistan International Airlines (PIA) yang terhempas pada Jumaat di Karachi.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa nama Zara Abid, yang memiliki lebih 90,000 pengikut di laman Instagram, terdapat dalam senarai penumpang pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Allama Iqbal, Lahore.
Pesawat Airbus 320 itu berlepas dari Lahore sebelum terhempas di sebuah kawasan perumahan bandar kira-kira empat kilometer dari destinasinya, Karachi.
Keluarga Zara kini masih berusaha mendapatkan maklumat sahih tentangnya daripada pihak berkuasa, memandangkan Datuk Bandar Karachi mengesahkan terdapat dua orang yang terselamat dalam nahas tersebut.
Namun, tiada maklumat lanjut mengenai identiti dua mangsa terselamat berkenaan.

Zara Abid the famous model & Actress one the biggest loss this year. Her family has confirmed that she hasn't survived the PIA Plan Crash. #PIACrash #PK8303 #ZaraAbid pic.twitter.com/BvndpLLPbh

— Aroha Khan (@imarohakhan) May 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakan dan kenalan Zara, yang sebelumnya sudah memuat naik kicauan di Twitter mengucapkan takziah atas terkorbannya model itu, memadam semula tweet mereka kerana berharap Zara adalah antara dua mangsa yang dikatakan terselamat itu.
Dalam kalangan ribuan peminat Zara, mereka masih menunggu pengesahan rasmi tentang nasib model itu, kerana di media sosial, pelbagai spekulasi mula timbul hingga mencetuskan perbalahan.

I have deleted the tweet because the news about Zara Abid surviving is not verified yet from other sources. BUT Please God let it be true!!! Meanwhile, let's all pray for her and everyone else .

— Mehwish Hayat TI (@MehwishHayat) May 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Pesawat Pakistan International Airlines terhempas di bandar Karachi
#model fesyen #model pakistan #nahas pesawat #Pakistan International Airlines #zara abid
;