Mnangagwa diisytihar menang pilihan raya Zimbabwe
Sinar Harian
Ogos 3, 2018 09:23 MYT
Ogos 3, 2018 09:23 MYT
Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa diisytiharkan memenangi pilihan raya negara itu, selepas keputusan rasmi diperoleh awal hari ini.
Mnangagwa yang juga bekas sekutu Robert Mugabe memperoleh 50.8 peratus undi, mendahului jumlah undi 44.3 peratus yang dimiliki parti MDC, pimpinan Nelson Chamisa.
Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe mengumumkan Mnangagwa sebagai pemenang.
Terdahulu, keputusan itu dicemari dengan tuduhan pembangkang bahawa berlaku penipuan hingga memaksa pasukan keselamatan mengawal keadaan bagi menghalang tunjuk perasaan.
Pada Rabu, sekurang-kurangnya tiga penyokong pembangkang maut semasa membantah keputusan pilihan raya itu di Harare. - Agensi
#Emmerson Mnangagwa
#mdc
#pembangkang
#penipuan
#pilihan raya
#presiden
#Robert Mugabe
#tunjuk perasaan
#Zimbabwe