Misteri telefon Garfield sering terdampar di pantai selama 30 tahun terbongkar!
Agensi
Mac 30, 2019 09:50 MYT
Mac 30, 2019 09:50 MYT
LEBIH 30 tahun sejak telefon ‘Garfield’ berwarna jingga dilaporkan sering ditemui terdampar di pantai Finistere, Perancis.
Akhirnya misteri terbongkar!
“Persatuan kami telah wujud sejak 18 tahun lalu dan hampir setiap kali kami membersihkan pantai, kami pasti akan jumpa serpihan telefon Garfield,” kata Claire Simonin, ketua kumpulan pembersihan pantai Ar Viltansou di Brittany.
Seorang penduduk tempatan mendedahkan bahawa dia pernah menemui satu kontena yang hanyut susulan ribut sekitar 1980-an.
Rupanya, kontena itu tersekat dalam gua yang sebahagiannya ditenggelam air dan hanya boleh didekati sewaktu air surut.
Kata Simonin kepada sebuah agensi berita, “Dia beritahu kami di mana terletaknya kontena itu… Ia amat membahayakan.”
“Kami jumpa satu fisur (rekahan) yang dalamnya 30 meter dan di bahagian bawah sekali, memang wujud serpihan kontena itu.
“Di bawah batu-batu besar di hadapan fisur itu, kami jumpa 23 telefon 'Garfield' yang masih lengkap dengan bahagian elektronik dan wayar. Ia berselerak di serata tempat,” tambah beliau.
Namun, kisah misteri itu masih belum menemui kesudahannya.
“Kami tidak tahu lagi apa yang terjadi pada waktu itu - mana datangnya kontena itu dan dari bot mana,” kata Fabien Boileau, Pengarah Taman Alam Sekitar Marin Iroise di Finistere.
Watak 'Garfield' merupakan ciptaan pelukis Jim Davis yang diwujudkan sejak lewat 1970-an dan ia pesat berkembang menjadi siri televisyen dan filem di mana Garfield disuarakan oleh pelakon terkenal, Bill Murray. - Sumber Agensi
#cartoon
#entertainment
#filem
#Finistere
#Garfield
#hiburan
#kartun
#Misteri
#Pantai
#Perancis
#telefon
#television
#terdampar