Misteri penculikan: Mayat Anjali, kanak-kanak 6 tahun ditemui dicampak di tandas

Agensi
Mac 27, 2018 09:52 MYT
Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Anjali Saroj dikatakan diculik ketika sedang bermain di kawasan rumahnya di Mumbai Nalasopara. - Sumber ndiatoday.in
Seorang kanak-kanak, 6 tahun yang diculik pada petang Sabtu ditemui meninggal dunia di dalam tandas sebuah stesen keretapi Gujarat pada Isnin.
Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Anjali Saroj dikatakan diculik ketika sedang bermain di kawasan rumahnya di Mumbai Nalasopara.
Saksi memberitahu, sebelum kejadian, Anjali dilihat sedang bermain dengan rakannya sebelum didatangi seorang wanita berusia 20-an dengan memberikan sekumpulan kanak-kanak itu coklat.
BACA: Hilang pergi mengaji: Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah
BACA: Gadis sunti diperlaku kejam, dirogol bergilir-gilir sebelum dibakar hidup-hidup
Berdasarkan kenyataan rasmi pihak polis berkata, suspek dikatakan memberikan sekumpulan kanak-kanak itu coklat sebelum membawa Anjali ke stesen keretapi Nalasopara.
Jelas kenyataan polis itu lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Nalasopara jelas menunjukkan wanita itu melarikan Anjali.
Pada pagi Isnin, mayat Anjali ditemui di stesen Navsari yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi dia diculik.
Ahli keluarga Anjali mendakwa pihak polis lambat bertindak untuk menyelamatkan mangsa.
Punca penculikan masih dalam siasatan.
#Anjali Saroj #bunuh #coklat #culik #Kanak-kanak #mati #Rasuah #stesen keretapi
;