LOS ANGELES: Produksi filem terbaru Mission: Impossible telah ditangguh sebanyak tujuh kali akibat pandemik COVID-19, menurut satu saman yang difailkan pada Isnin.
Tuntutan saman itu mendakwa syarikat insurans filem berkenaan gagal membayar kos bagi enam daripada tujuh penangguhan tersebut hingga mengakibatkan kerugian besar.
Dalam saman yang difailkan Paramount Pictures di Mahkamah Persekutuan AS di California itu, penggambaran siri aksi yang dibintangi aktor Tom Cruise itu ditunda sebanyak empat kali di Itali, dan tiga kali di United Kingdom antara Februari 2020 hingga Jun 2021.
Penangguhan itu adalah kerana terdapat kes positif dalam ujian saringan dalam kalangan pelakon dan juga kru produksi, dan juga akibat kuarantin dan sekatan pergerakan yang dikenakan di negara-negara lokasi penggambaran.
Tuntutan saman ke atas Federal Insurance yang berpangkalan di Indiana itu antara lain adalah disebabkan pelanggaran kontrak, di mana sepatutnya mereka bersetuju untuk membayar sejumlah AS$5 juta pada penangguhan pertama.
Federal Insurance belum memberikan sebarang komen atas perkembangan tersebut.
Cruise, yang juga penerbit filem, sangat berang sewaktu di set Mission: Impossible 7 di England pada Disember lalu atas sebab pelanggaran protokol COVID-19, lantas mengancam untuk memecat pelakon dan kru yang tidak mengambil serius dalam perkara itu.
Mission: Impossible merupakan salah satu francais terbesar di Hollywood, dengan edisi Mission: Impossible – Fallout pada tahun 2018 berjaya meraih kutipan box-office sejumlah lebih AS$791 juta di seluruh dunia.
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan banyak produksi filem dan televisyen tergendala. Kos ujian saringan, konsultasi dan kelengkapan perlindungan pula telah menambah perbelanjaan.
Paramount dalam tuntutan saman berkata, syarikat insurans telah berhujah bahawa 'tiada bukti yang menunjukkan bahawa pelakon dan tenaga kerja produksi tidak boleh meneruskan kerja mereka, walaupun ada yang telah dijangkiti COVID-19 dan merisikokan orang lain dalam produksi'.
Paramount tidak menjelaskan kos sebenar kerugian akibat perintah sekatan pergerakan yang dikenakan, namun jumlahnya lebih daripada AS$5 juta yang dibayar syarikat insurans itu pada penangguhan kali pertama pada Februari 2020.
Filem Mission: Impossible 7 dijadual untuk ditayangkan pada Mei 2022.
Agensi
Tue Aug 31 2021
Penggambaran siri aksi yang dibintangi aktor Tom Cruise itu ditunda sebanyak empat kali di Itali, dan tiga kali di United Kingdom antara Februari 2020 hingga Jun 2021. - Reuters
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mission Impossible 7 paling 'best', Tom Cruise masih mampu buat penonton tak senang duduk
Bagi mereka yang dahagakan sebuah naskhah aksi yang mampu membuatkan anda tidak senang duduk, filem Mission Impossible ini ada segalanya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Mission Imposible: Fallout' - Misi paling mustahil, filem wajib tonton 2018!
'Mission Imposibble: Fallout' adalah filem ke-6 di dalam francais filem Mission Impossible yang berusia 22 tahun dan masih mengekalkan Tom Cruise sebagai teraju utama.
Tom Cruise bersabung nyawa lompat 25,000 kaki!
Kali ini, Tom Cruise dalam misi Fallout berdepan cabaran mengharungi langit beraltitud tinggi dengan melakukan aksi lompatan 'high altitude, low opening' (HALO).
Misi mustahil terbaharu Ethan Hunt dua bulan lagi
Kali ini Ethan Hunt dan rakan-rakannya berdepan krisis kepercayaan selepas kesetiaan mereka dipersoal Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Trafik di London terhenti kerana Tom Cruise
Trafik di London terhenti kerana Tom Cruise
Tom Cruise lakonkan aksi lagak ngeri sendiri dalam Mission Impossible: Rogue Nation
Filem kelima siri filem Mission Impossible dilihat sebagai satu sekuel menarik dan setanding dengan filem-filem terdahulunya.