Misi penilaian situasi Gaza akan digerakkan segera - AS

Astro Awani
Februari 14, 2024 09:15 MYT
Misi peninjau itu telah ditangguhkan kerana pertempuran di darat di utara Gaza. - Foto AP
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan misi penilaian situasi utara Gaza secepat mungkin.
Menurut jurucakapnya, Matthew Miller, misi itu antara lain merangkumi penilaian yang perlu dilakukan untuk memastikan orang awam di Palestin yang kehilangan tempat tinggal mendapat perlindungan sewajarnya.
Ujar Miller, misi yang pernah digerakkan sebelum ini telah ditangguhkan atas kebimbangan keselamatan dalam keadaan peperangan yang berterusan.
"Kami mahu misi itu berlaku secepat mungkin. Langkah awalnya berlaku seminggu sebelum lepas, iaitu misi peninjauan dua hari yang pergi ke utara Gaza.
"Misi peninjau itu telah ditangguhkan kerana pertempuran di darat di utara Gaza. Kami mahu misi penilaian itu diteruskan ke hadapan secepat mungkin," katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan serangan balas antara kumpulan pejuang Hamas dan tentera Zionis bakal menyukarkan misi berkenaan.
Tambahnya lagi, penilaian itu wajar dilaksanakan secepat mungkin susulan krisis kemanusian di Gaza semakin mendesak.
#misi penilaian situasi #Gaza #Israel #Matthew Miller
;