Misi mengesan kapal nelayan Argentina dijalankan besar-besaran
APTN
Jun 11, 2018 05:45 MYT
Jun 11, 2018 05:45 MYT
Pihak berkuasa Argentina menjalankan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran bagi mengesan kapal nelayan dengan lapan anak kapal yang dilaporkan hilang pada Sabtu.
Pencarian di perairan Atlantik Selatan negara itu melibatkan 30 bot, beberapa pesawat dan helikopter.
Kapal nelayan Rigel mula belayar pada 5 Jun lalu dari pelabuhan Mar del Plata di selatan Buenos Aires dengan sembilan anak kapal bagi memulakan misi memancing udang di perairan Patagonian.
Bagaimanapun, pihak berkuasa melaporkan pada Ahad bahawa mereka menemui mayat kapten kapal Salvador Taliercio yang ditemui mati terapung bersama beberapa peralatan.
Susulan penemuan itu, mereka percaya bahawa kapal nelayan tersebut karam ketika ribut.
Kejadian ini berlaku selepas kapal selam tentera laut Argentina hilang di kawasan sama bersama 44 anak kapal.