Misi mencari dan menyelamat pasukan bola sepak remaja Thai dipertingkat
Reuters
Jun 26, 2018 15:53 MYT
Jun 26, 2018 15:53 MYT
Misi pencarian pasukan bola sepak remaja Thailand yang dipercayai terperangkap dalam sebuah gua di Chiang Rai ditingkatkan pada hari ketiga operasinya.
Antara yang terperangkap adalah 12 remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun dan jurulatih mereka berusia 25 tahun.
Kesemua mereka dipercayai terperangkap dalam gua yang terletak di hutan Tham Luang-Khun Nam Nang Noon akibat peningkatan jumlah air dalam gua susulan hujan lebat yang melanda wilayah tersebut.
Semalam pasukan Tentera Laut Diraja Thai terpaksa menghentikan usaha pencarian kerana tahap oksigen rendah di beberapa bahagian dalam gua tersebut.
Misi mencari dan menyelamat melibatkan 17 anggota dan dron bawah air turut digunakan bagi misi sama.
Setakat ini misi pencarian telah menjalankan operasi pada radius enam kilometer dari 10 kilometer kepanjangan gua tersebut.