Misi mencari 24 mangsa banjir lumpur Jepun diteruskan selepas tiga hari

Astro Awani
Julai 6, 2021 07:19 MYT
Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh sekitar jam 10.30 pagi pada Sabtu lalu menyebabkan empat maut dan ramai mangsa masih terperangkap di celah runtuhan. -AP
ATAMI: Polis, bomba dan tentera meneruskan operasi menyelamat dan mencari 24 mangsa bermula jam 6 pagi di kawasan yang dibanjiri lumpur dan batu akibat tanah runtuh di Atami, Jepun.
Sebelum ini, misi itu digantung sementara akibat cuaca buruk.
Hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh sekitar jam 10.30 pagi pada Sabtu lalu menyebabkan empat maut dan ramai mangsa masih terperangkap di celah runtuhan.
Jurucakap bandar Atami, Hiroki Onuma berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat baharu berkaitan mangsa yang selamat.
Operasi bergantung kepada para penyelamat yang menggunakan tangan mereka kerana penggunaan jentera berat dianggap terlalu berbahaya kepada mangsa yang masih hidup di bawah lumpur.
Atami dengan populasi 36,000 terletak di barat daya Tokyo dan terkenal dengan tempat peranginan mata air panas.
#bomba #Jepun #tanah runtuh #Atami #banjir lumpur #Hiroki Onuma #tempat peranginan #mata air panas #cuaca buruk
;