Misi kapal angkasa pertama UAE, 'Hope' hampiri Marikh selepas enam bulan
Agensi
Februari 6, 2021 15:00 MYT
Februari 6, 2021 15:00 MYT
SEJAK dilancarkan pada Julai tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini menghitung hari sebelum kapal angkasa pertama mereka yang digelar sebagai misi ‘Hope’ kini menghampiri planet Marikh.
Tidak sampai seminggu, misi kapal angkasa tanpa juruterbang itu dijangka tiba di orbit Marikh pada 9 Februari jam 7.42 malam (waktu tempatan), lapor Emirates News Agency.
Misi yang menjadi kebanggaan dan keterujan buat warga Arab itu akan meneroka planet Marikh dalam dinamik skala harian dan menjelajah kitaran musim Martian yang bersamaan 687 hari di bumi.
Pada Isnin lalu, Naib Presiden UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed bagi meninjau persiapan terakhir pasukan Emirates Mars Mission.
Para pemimpin negara itu mengundang warga dan penduduk UAE, dan orang Arab di seluruh dunia untuk meraikan misi bersejarah yang mewakili kejayaan penjelajahan angkasa lepas.
Sebagai rekod, kira-kira 200 jurutera, saintis dan penganalisis UAE membantu membina kapal angkasa tersebut dan laporan memberitahu kos misi itu adalah kira-kira AS$200 juta (RM852.50 juta).
Setelah menyelesaikan perjalanan selama tujuh bulan, siasatan akan memberikan gambaran lengkap mengenai suasana Martian yang pertama.
China juga tidak terlepas dengan menghantar kapal angkasa Tianwen-1 ke planet merah itu sekali gus menjadikan perlumbaan meneroka planet tersebut kini menjadi semakin sengit.
Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, bekas Kesatuan Soviet, Agensi Angkasa Eropah dan India sahaja yang berjaya melancarkan misi seumpamanya.
10 nama terpilih untuk prob Marikh pertama China
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !