Misi bantuan ketenteraan ke Ukraine, Kyiv perlu buat keputusan menjelang Oktober
Bernama
September 20, 2022 12:53 MYT
September 20, 2022 12:53 MYT
NEW YORK: Cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mewujudkan pemusatan bagi menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine perlu mendapat kelulusan daripada Kyiv terlebih dahulu, kata ketua dasar luar EU Josep Borrell.
"Saya harap... pada Oktober kita dapat membuat keputusan.
"Kami boleh membawa cadangan itu kepada menteri-menteri hal ehwal luar pada Oktober, ia akan menjadi prosedur yang agak cepat, tetapi anda perlu faham bahawa hal ini perlu mendapat persetujuan Ukraine terlebih dahulu," kata Borrell kepada pemberita pada Isnin.
Pada petang Isnin, Borrell mempengerusikan mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri hal ehwal luar EU di New York City menjelang perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bermula Selasa.
Semasa sesi mesyuarat itu, semua menteri-menteri luar EU mengesahkan bahawa negara mereka berazam memberi bantuan ketenteraan kepada Ukraine, kata Borrell.
-- BERNAMA