Misao Okawa diiktiraf wanita tertua di dunia

Astro Awani
Februari 27, 2013 06:56 MYT
Guinness World Records mengiktiraf warga Jepun, Misao Okawa, 114 tahun sebagai wanita tertua dunia. Dia menerima pengiktirafan itu, di kediamannya di Osaka.
Okawa bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 115 pada 5 Mac ini.
Dia yang dilahirkan pada 1898, berkahwin pada 1919 mempunyai tiga cahaya mata, di mana dua daripadanya masih hidup dan berusia lingkungan 90an.
Ketika ditanya petua panjang usia, Okawa memaklumkan dia mengambil berat mengenai kesihatan dan tidak mengamalkan sebarang diet khusus.
Jepun menjadi negara paling ramai mempunyai warga emas yang melepasi usia seratus tahun.
Menurut perangkaan, terdapat 51 ribu penduduk negara matahari terbit yang menjangkaui usia lebih sekurun, 87 daripadanya terdiri daripada wanita.
#Misao Okawa #osaka
;