Minyak wangi perangkap harimau

Sinar Harian
Oktober 15, 2018 05:51 MYT
Minyak wangi 'Obsession for Men' digunakan untuk menangkap harimau betina digelar Avni. - Gambar hiasan
Renjer hutan di India mungkin akan menggunakan 'senjata luar biasa' iaitu minyak wangi Obsession Calvin Klein untuk memerangkap harimau dipercayai telah membunuh 13 mangsa sejak 2016.
Operasi utama untuk menangkap harimau betina digelar Avni di Maharashtra itu telah dilancarkan sejak sebulan lalu.
Pasukan peronda, kamera perangkap inframerah dan gajah juga gagal menjejaki haiwan tersebut.
Saintis di Amerika Syarikat mendapati bau minyak wangi Obsession for Men itu dapat menarik perhatian harimau pada 2013 kerana aroma sintetiknya.
"Ia adalah gabungan vanila yang mencetuskan rasa ingin tahu antara manusia dan haiwan," kata salah seorang perekanya, Ann Gottlieb.
Difahamkan, minyak wangi itu telah digunakan untuk memerangkap harimau di Tamil Nadu.
"Ada pihak mencadangkan guna minyak wangi Calvin Klein untuk 'memikat' harimau tersebut. Ada pegawai kami telah membelinya dan ia adalah salah satu daripada eksperimen yang akan kami lakukan, namun keputusan masih belum dibuat," kata pegawai perhutanan, AK Mishra. - Daily Mail
#Ann Gottlieb #Avni #betina #harimau #India #Minyak Wangi #obsession #renjer hutan #Tamil Nadu
;