Minh gesa rundingan dengan China dipercepatkan
Astro Awani
Januari 10, 2013 10:53 MYT
Januari 10, 2013 10:53 MYT
ASEAN perlu mempercepatkan usaha untuk memulakan rundingan dengan China ke arah pelaksanaan kod tatalaku pihak di Laut China Selatan (COC).
Gesaan itu disuarakan setiausaha agung ASEAN yang baru, Le Luong Minh.
Menurut Minh pelaksanaan COC adalah penting, sebagai kesinambungan logik bagi deklarasi tatalaku DOC.
Dalam masa sama anggota ASEAN akan meningkatkan kerjasama dengan China meliputi pelbagai aspek.
China dan ASEAN menandatangani DOC pada tahun lalu.
Ia menetapkan sebarang permasalahan mengenai isu sempadan perlu diselesaikan secara rundingan dalam semangat setiakawan.
Minh, diplomat veteran Vietnam yang berusia 61 tahun itu dilantik sebagai setiausaha agung ASEAN, bermula Rabu bagi menggantikan Surin Pitsuwan.
Pelantikannya dipersetujui anggota ASEAN pada sidang kemuncak ASEAN di Kemboja, November lalu.
Cabaran utama Minh ialah usaha pembentukan komuniti ekonomi ASEAN AEC menjelang 2015 menjadi kenyataan.