Minat bola punya pasal, 5 wanita sanggup menyamar jadi lelaki untuk ke stadium

Agensi
April 30, 2018 05:52 MYT
Gambar lima wanita tersebut yang tular di media sosial. -Foto Twitter/@Hassanvand
Kalau sudah minat kepada sesuatu, setiap halangan akan ditempuh, biarpun terpaksa melakukan perkara di luar jangkaan.
Inilah yang berlaku di Iran apabila lima penyokong wanita sanggup menyelinap masuk ke sebuah stadium di sana dengan menyamar sebagai lelaki.
Ia gara-gara undang-undang negara itu yang melarang kaum wanita menghadiri perlawanan bola sepak yang disertai lelaki di stadium.
Gambar kumpulan wanita itu berlagak seperti lelaki dengan mengenakan pakaian sukan, rambut dan jambang palsu tular di media sosial.
Menurut laporan portal tempatan, tindakan itu dilakukan bagi meraikan majlis penyampaian trofi selepas pasukan kegemaran mereka Persepolis menerima gelaran ke-11 sebagai juara negara di Stadium Azadi, Iran.

VIDEO: Iranian girls who sneaked in Azadi Stadium in disguise cheer their team via: @MahboobKhansari pic.twitter.com/ir1DgNeHMC

— Sobhan Hassanvand (@Hassanvand) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Insiden itu mendapat perhatian Presiden Iran, Hassan Rouhani yang kemudian memaklumkan bahawa negara itu merancang untuk membenarkan kaum wanita menghadiri setiap acara sukan tidak lama lagi.
Awal bulan ini, dilaporkan 35 wanita ditahan kerana cuba melakukan perkara sama, namun mereka kemudiannya dibebaskan.
#bola sepak #FIFA #Iran #Liga Persian Gulf Pro #sukan #wanita