Militan Daish jual 'hamba seks' dalam talian
Agensi
Mei 29, 2016 13:32 MYT
Mei 29, 2016 13:32 MYT
WANITA muda itu mungkin hanya berusia sekitar 18 tahun, berkulit umpama buah zaitun dan rambut menutupi sebahagian wajahnya.
Gambaran yang dipaparkan dalam satu imej yang dimuat naik di laman Facebook itu menunjukkan gadis itu cuba tersenyum tanpa mahu memandang ke arah jurugambar.
Kapsyen Facebook itu mengejutkan: ‘Dia untuk dijual’
“Untuk lelaki berhajat membeli hamba, ini dijual dengan harga $8,000,” catatan Facebook itu berbunyi, ditujukan untuk kumpulan militant Daish yang menggelar dirinya Abu Assad Almani.
Lelaki yang sama itu kemudian memuat naik imej kedua beberapa jam kemudian, kali ini seorang gadis muda, berwajah pucat dan matanya merah dek menangis.
“Seorang lagi sabiyah (hamba), juga pada harga $8,000,” bunyi catatan tersebut. ‘Ya, atau tak?’
Beberapa jam kemudian, imej itu 'hilang' -- seolah-olah dipadamkan dari laman media sosial popular itu. Namun, tiada penjelasan jika pemilik akaun FB tersebut memuat naik status sebegitu untuk dirinya sendiri atau sekadar memberi komen perihal isu penjualan 'hamba seks' berkenaan.
Menurut pakar, status yang dimuat naik di laman media sosial itu menjurus kepada kenaikan kadar peratusan wanita yang dijual sebagai hamba seks oleh kumpulan militan tersebut.
Walaupun, tekanan demi tekanan semakin terarah terhadap kumpulan-kumpulan militan di Iraq dan Syria yang menyebabkan penganiayaan terhadap tahanan wanita – selain dijual dan ditukar oleh ahli kumpulan militan yang dipercayai tidak berduit – mereka turut berdepan masalah kekurangan makanan dan bekalan perubatan di sana.
Bukan itu sahaja, kumpulan wanita itu terpaksa berdepan dengan serangan tentera yang bertubi-tubi saban hari, menurut pakar pengganas dan kumpulan hak asasi manusia.
Laman media sosial yang dipercayai digunakan oleh kumpulan Daish sejak kebelakangan ini turut memuatkan akaun yang digunakan untuk transaksi menjual dan membeli hamba seks dengan bertonggakkan idea yang ianya merupakan undang-undang rasmi untuk berurusan dengan mereka.
Syarat-syarat termasuk sama ada boleh atau tidak untuk melakukan hubungan seks dengan tahanan bawah umur – dan ya, doktrin Daish membenarkannya, menurut pakar – dan sejauh mana seorang hamba boleh dipukul.
Sehingga insiden pada 20 Mei lalu, tidak dapat dikenal pasti jika ada mana-mana pejuang militan yang memilih untuk memuat naik sendiri imej-imej tahanan wanita untuk tujuan dijual.
Imej kedua-dua wanita yang telah dimuat naik hanya seketika sebelum dipadamkan oleh pihak Facebook, namun ia sempat dirakam oleh Institut Penyelidikan Timur Tengah (Middle East Media Research Institute) – sebuah badan bukan kerajaan bertanggungjawab memantau akaun-akaun kumpulan militan.
“Kami pernah menyaksikan banyak keganasan, namun kandungan yang diedarkan oleh ISIS
sejak dua tahun lalu melangkaui apa yang telah kami saksikan sebelum ini,” kata Steven Stalinsky, pengarah eksekutif institute penyelidikan itu, selesa dengan penggunaan panggilan singkat kumpulan Daish itu.
“Penjualan hamba wanita di media sosial hanya contoh terdekat.”
Almani, yang merupakan pemilik akaun Facebook itu, dipercayai warga Jerman dan kini berjuang untuk Daish di Syria, kata Stalinsky.
Sebelum ini, individu ini pernah memuat naik beberapa catatan dengan menggunakan identity berlainan, dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang lemah.
Catatan beliau yang terawal menunjukkan Almani arif tentang aktiviti kumpulan militant di sekitar Raqqa, yang merupakan pengkalan kumpulan militan itu di Syria. Beliau turut aktif menggunakan akaun peribadinya untuk disalurkan kepada kumpulan pengganas.
Sewaktu memuat naik imej-imej wanita tersebut, Almani dalam statusnya turut berpesan kepada kenalannya di Facebook untuk ‘mengahwini’ dan ‘datang ke Dawlah’ atau ke daerah Daish yang terletak di Iraq dan Syria.
Beliau turut mengajukan soalan sekiranya harga yang diletakkan sejumlah $8,000 itu berpatutan. Antara yang membalas turut memberi komen mereka tentang penampilan gadis-gadis itu, dan yang lain mengutuk perbuatannya kerana mereka digambarkan tanpa menutup aurat.
“Apa yang membuatkan dia (wanita) itu berbaloi dengan harga itu? Adakah dia mempunyai skil lain?,” salah seorang koresponden bertanya tentang wanita dalam imej yang kedua.
“Tidak,” jawabnya. Bekalan dan permintaan menyebabkan harga itu.”
Sehingga hari ini, Faccebook telah mula menarik perhatian kumpulan ‘watchdog’ kerana bertindak terlalu cepat terhadap kumpulan militan yang menggunakan laman itu. Namun, kumpulan militant ini juga cukup licik – menggunakan bukan satu malahan banyak akaun-akaun baharu selepas akaun-akaun lama ditutup.
Dalam satu laporan bulan lalu oleh kumpulan Hak Asasi Manusia mengimbas penderitaan lebih kurang 50 wanita warga Iraq dan Syria yang berjaya melarikan diri dari bandar-bandar tawanan kumpulan pengganas. Antara mereka termasuk merupakan bekas hamba seks Yazidi yang tampil memberi gambaran mereka mangsa seksual selepas ditukar dan dijual.
Nasib kumpulan wanita ini dilaporkan semakin buruk teruatamanya selepas tekanan terhadap tentera dan ekonomi terhadap kumpulan Daish ini.
“Semakin lama mereka menjadi tahanan ISIS, semakin buruk nasib kumpulan wanita Yazidi, dijual,dirogol dan dipisahkan dari anak-anak mereka,” menurut Skye Wheeler, penyelidik kumpulan Hak Asasi Wanita.
“Kekangan ISIS ke atas wanita Sunni (bukan hamba) menyekat mereka dari menjalani kehidupan biasa," tambahnya.