MILF lancar parti politik

Astro Awani
April 10, 2014 01:59 MYT
Upacara menandatangani Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro (CAB) di Istana Malacanang, Manila pada 27 Mac.
Susulan perjanjian komprehensif di antara kerajaan Filipina untuk menamatkan konflik 40 tahun, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menubuhkan parti politik untuk bertanding bagi merebut kepimpinan di daerah yang bakal dikenali sebagai Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao.
Menurut laporan Inquirer.net, parti berkenaan akan dikenali sebagai Parti Keadilan Bangsamoro Bersatu (United Bangsamoro Justice Party).
Pemimpin MILF Mohagher Iqbal dipetik berkata bahawa kumpulan itu akan "meneruskan perjuangan, tetapi bukan dengan senjata."
Ketua hal ehwal politiknya, Ghadzali Jaafar berkata bahawa barisan calon-calon akan dipilih untuk pilihan raya daerah.
Parti itu telah ditubuhkan minggu lalu dan mempunyai cawangan di kawasan-kawasan utama termasuk Bangsamoro.
"Kami telah menamakan pengerusi di Basilan, Sulu, Tawi-Tawi, Lanao del Sur dan Maguindanao dan daerah-daerah lain.
Pada 27 Mac, kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian komprehensif antara mereka, menamatkan konflik 40 tahun yang telah meragut 150,000 nyawa.
"Dalam menandatangani perjanjian ini, kedua-dua pihak telah tidak melihat kepada masalah-masalah masa lalu, tetapi kepada janji masa hadapan. Setelah bertahun-tahun berhadapan dengan konflik dan begitu banyak nyawa yang hilang, ia adalah satu langkah yang bersejarah dan berani. Ia akan mengubah sejarah negara mereka selama-lamanya," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis perjanjian tersebut.
#bangsamoro #Ghadzali Jaafar #Mohagher Iqbal #Parti Keadilan Bangsamoro Bersatu