Mikhail Mishustin dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Rusia

Agensi
Januari 16, 2020 22:31 MYT
Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis menandatangani surat keputusan melantik Mikhail Mishustin sebagai Perdana Menteri. Foto: Reuters
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin pada Khamis menandatangani surat keputusan melantik Mikhail Mishustin sebagai Perdana Menteri.
Keputusan tersebut dibuat selepas seluruh kabinet Rusia termasuk Perdana Menterinya, Dmitry Medvedev mengumumkan pengunduran mereka dari pentadbiran negara itu.
Mishutin sebelum ini menggalas tugas sebagai Ketua Perkhidmatan Cukai selama 10 tahun.
Keputusan rombakan besar-besaran kabinet itu menurut Putin akan memangkin perubahan dan reformasi negara itu.
Ini selepas Putin menggariskan beberapa sasaran perubahan yang mahu dilaksanakannya untuk beberapa tahun akan datang.
Semasa perkhidmatannya, Mishutin sering dipuji atas kehebatan pimpinannya dalam memodenkan sistem pentadbiran cukai Rusia yang teguh dan meningkatkan kadar kutipan cukai.
#Dmitry Medvedev #Mikhail Mishutin #Perdana Menteri #Presiden Rusia #rombakan kabinet #Vladimir Putin
;