Mike Pompeo dakwa Iran ada hubungan dengan al-Qaeda

Astro Awani
Januari 12, 2021 06:00 MYT
Pompeo mengumumkan sekatan pusingan baharu ke atas beberapa pegawai kanan republik itu. - Foto REUTERS/Tom Brenner/Pool
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo mendakwa Iran ada hubungan akrab dengan rangkaian al-Qaeda.
Beliau turut mengumumkan sekatan pusingan baharu ke atas beberapa pegawai kanan republik itu.
Kenyataan Pompeo itu dibuat hanya seminggu sebelum Presiden Donald Trump meninggalkan White House.
“Iran memutuskan untuk membenarkan al-Qaeda mewujukan pusat operasi dengan syarat ia mematuhi peraturan regim itu. Sejak 2015, Iran juga memberikan kebebasan pergerakan kepada pemimpin al-Qaeda di bawah pemantauan mereka.
“Kementerian Perisikan dan Keselamatan Iran serta pengawal revolusi mereka juga memberikan kubu selamat dan sokongan logistik termasuk dokumen perjalanan bagi membolehkan aktiviti al-Qaeda,” jelasnya.
Pentadbiran Trump mengambil pendekatan keras terhadap Iran.
Sekatan demi sekatan dikenakan sehingga melumpuhkan ekonomi republik itu.
Namun, presiden dipilih, Joe Biden sudah memberi bayangan untuk kembali berdiplomasi dengan Iran.
Ini termasuk menyambung semula rundingan dengan Iran berhubung Perjanjian Nuklear 2015.
#Donald Trump #AS #Al-Qaeda #White House #Iran #Joe Biden
;