Microsoft dilapor akan turut menawarkan AI Copilot pada Windows 10

Amanz
November 9, 2023 06:22 MYT
Menurut laporan Windows Central, kini Microsoft ingin turut memberikan Copilot pada sistem operasi Windows 10. -Amanz
CIRI Windows Copilot diberikan kepada pengguna Windows 11 menerusi kemas kini beberapa minggu yang lalu.
Kecerdasan buatan (AI) Copilot boleh diakses terus menerusi taskbar dalam sistem operasi Windows 11 yang memberikan pelbagai kemampuan AI generatif kepada pengguna.
Menurut laporan Windows Central, kini Microsoft ingin turut memberikan Copilot pada sistem operasi Windows 10.
Ini adalah kerana masih terdapat lebih 1 bilion komputer yang menggunakan Windows 10. Ini adalah jauh lebih besar berbanding 400 juta komputer menggunakan Windows 11 pada waktu ini.
Dengan memberikan Copilot kepada pengguna Windows 10 secara terbina, Microsoft berharap akan dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi menerusi langganan bulanan bagi mengakses ciri Copilot yang lebih berkuasa. -Amanz
#Microsoft #Windows Copilot #Windows 11 #Windows 10