Microsoft buang WordPad melalui kemas kini Windows 11 24H2
Amanz
Mac 29, 2024 13:15 MYT
Mac 29, 2024 13:15 MYT
MICROSOFT kini memaklumkan mereka akan membuang perisian terbina WordPad pada semua edisi Windows, melalui kemas kini Windows 11 (24H2) yang akan ditawarkan kelak pada tahun ini.
WordPad sebelum ini telah ditawarkan sejak Windows 95, menawarkan kemudahan untuk pengguna membuka dokumen .doc dan .rtf dengan mudah walaupun tiada sebarang perisian dokumen lain terpasang.
Dengan pembuangan ini juga, ia akan membuatkan pengguna tiada lagi sebarang perisian terpasang yang hadir terbina untuk mengakses dokumen .RTF pada Windows.
Microsoft meminta pengguna menggunakan Microsoft Word atau Notepad untuk terus mengakses dokumen berbentuk teks selepas pembuangan WordPad ini. - Sinar Harian