Michelle Obama kini digelar ikon fesyen
Astro Awani
Januari 24, 2013 22:28 MYT
Januari 24, 2013 22:28 MYT
Jason Wu mengetepikan beberapa pereka lain apabila menjadi pilihan Michelle Obama sempena "Inaugural Ball 2013".
Isteri Presiden Amerika ini memakai gaun panjang rona rubi yang mendapat pujian pemerhati fesyen.
Turut memakai persalinan Jason Wu di majlis sama empat tahun lepas. Gaun itu dipadankan dengan sepasang kasut merah Jimmy Choo.
Tidak dinafikan Michelle kini digelar seorang ikon fesyen.
Selain itu, Michelle turut dipuji kerana mengetengahkan pereka Amerika yang berkebolehan di mata umum.
Isteri kepada Barack Obama itu sudah mula menjalankan tugas sebagai wanita pertama.
Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika ke-44 pada 21 Januari lalu.