Michel Temer muncul presiden paling tidak popular dalam sejarah Brazil

Bernama
Jun 11, 2018 22:25 MYT
Michel Temer. REUTERS / Fail
Presiden Michel Temer muncul sebagai presiden paling tidak popular dalam sejarah Brazil sejak berakhirnya era diktator tentera, dengan hanya tiga peratus menyokong manakala 82 peratus lagi tidak memihak kepadanya, menurut satu kajian Sunday Datafolha diterbitkan akhbar harian Folha de Sao Paulo.
Menurut para penganalisis, penurunan populariti beliau disebabkan mogok kesatuan pemandu trak yang berlarutan dari 21 hingga 31 Mei, sekaligus melumpuhkan ekonomi negara.
Tinjauan itu dijalankan pada 6 dan 7 Jun 2018.
Sebanyak 14 peratus lagi mendapati pentadbiran Temer adalah "biasa".
Tinjauan terakhir Datafolha pada April lepas mendapati undian tidak popular beliau adalah sebanyak 70 peratus.
Dasar ekonomi dan ramai menteri dilantik beliau terbabit skandal rasuah antara faktor yang mempengaruhi peratusan menyokong.
Sementara itu, 37 peratus undi percaya Angkatan Tentera mewakili institusi paling dipercayai meskipun banyak orang awam terkorban semasa campur tangan tentera baru-baru ini.
-- BERNAMA-NNN-TELESUR
#Brazil #Michel Temer #mogok #pemandu trak #popular
;