Michael McCormack timbalan perdana menteri baru Australia
Reuters
Februari 26, 2018 12:45 MYT
Februari 26, 2018 12:45 MYT
Michael McCormack dipilih sebagai timbalan perdana menteri baru Australia setelah dilantik sebagai ketua Parti Nasional di negara itu pada Isnin.
McCormack, bekas pengarang akhbar, menggantikan Barnaby Joyce yang terpaksa meletak jawatan minggu lalu susulan terpalit dalam skandal dengan salah seorang pegawainya.
Beliau akan secara automatik menjadi wakil perdana menteri di bawah syarat-syarat perjanjian gabungan dengan Perdana Menteri Malcolm Turnbull.
"Saya akan menghormati kepercayaan dan amanah yang diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab yang terbaik," ucap McCormack di hadapan media di sini.
Pelantikan McCormack itu akan meringankan beban kerajaan yang tercalar setelah pembongkaran skandal Joyce dengan bekas setiausahanya yang menjatuhkan reputasi kerajaan.
Joyce meletak jawatannya sebagai timbalan perdana menteri Australia pada minggu lepas berikutan skandal hubungan seks dengan bekas setiausaha akhbarnya Vikki Campion yang kini sedang sarat mengandung.
Turnbull, juga seorang bekas wartawan, mengalu-alukan pelantikan McCormack, mengatakan: "Kerjasama politik kami yang berterusan dan berjaya ini akan berterusan di bawah pimpinan Michael."
#Australia
#Barnaby Joyce
#Michael McCormack
#Michael Turnbull
#Skandal Seks
#Timbalan Perdana Menteri