MH370: Penemuan beg mungkin tiada kaitan - ATSB
Agensi
Julai 31, 2015 21:00 MYT
Julai 31, 2015 21:00 MYT
Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan berpandangan penemuan beg di Pulau Reunion tiada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut Dolan, tiada penunjuk yang jelas mengatakan beg itu berada di dalam laut dalam tempoh yang lama.
Malah, beliau turut melihat tiada petunjuk positif yang mengaitkan beg terbabit dengan penemuan serpihan pesawat yang dipercayai daripada pesawat MH370.
"Daripada apa yang kami faham buat masa kini, begitu sedikit sebab positif berkaitan beg itu.
"Tiada indikasi yang jelas mengatakan beg berkenaan berada di dalam air dalam satu tempoh lama atau sebagainya," ujar Dolan kepada Australian Broadcasting Corporation.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Australia, Warrren Truss yang memantau ATSB; turut sama melahirkan keprihatinan.
"Berkenaan laporan penemuan beg pakaian, saya sudah mengarahkan untuk mendapatkan beg pakaian terbabit yang kini berada di tangan polis tempatan untuk siasatan lanjut.
"Buat masa kini, ia mungkin sampah di mana tiada hidupan laut berada pada beg itu yang boleh menggambarkan suatu tempoh masa yang panjang," kata jurucakap Truss.
ATSB telah menjalankan pencarian di kawasan melebihi 50,000 kilometer persegi di Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370, namun tiada petunjuk positif yang membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
Pihak berkuasa bercadang untuk meluaskan kawasan pencarian kepada 120,000 kilometer persegi. Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan berpandangan penemuan beg di Pulau Reunion tiada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut Dolan, tiada penunjuk yang jelas mengatakan beg itu berada di dalam laut dalam tempoh yang lama.
Malah, beliau turut melihat tiada petunjuk positif yang mengaitkan beg terbabit dengan penemuan serpihan pesawat yang dipercayai daripada pesawat MH370.
"Daripada apa yang kami faham buat masa kini, begitu sedikit sebab positif berkaitan beg itu.
"Tiada indikasi yang jelas mengatakan beg berkenaan berada di dalam air dalam satu tempoh lama atau sebagainya," ujar Dolan kepada Australian Broadcasting Corporation.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Australia, Warrren Truss yang memantau ATSB; turut sama melahirkan keprihatinan.
"Berkenaan laporan penemuan beg pakaian, saya sudah mengarahkan untuk mendapatkan beg pakaian terbabit yang kini berada di tangan polis tempatan untuk siasatan lanjut.
"Buat masa kini, ia mungkin sampah di mana tiada hidupan laut berada pada beg itu yang boleh menggambarkan suatu tempoh masa yang panjang," kata jurucakap Truss.
ATSB telah menjalankan pencarian di kawasan melebihi 50,000 kilometer persegi di Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370, namun tiada petunjuk positif yang membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
Pihak berkuasa bercadang untuk meluaskan kawasan pencarian kepada 120,000 kilometer persegi.