MH370: Pasukan pencari siasat imej serpihan terbaharu
Agensi
Jun 10, 2016 10:38 MYT
Jun 10, 2016 10:38 MYT
Tiga imej terbaharu yang dipercayai gambaran serpihan dari pesawat Malaysia Airlines MH370 kini sedang sedang dianlisis oleh pasukan pencarian.
Pasukan pencari mengesahkan perkara itu kepada AFP dan dipetik berkata salah satu objek itu telah dijumpai di kawasan terpencil di Pulau Kangaroo dekat Adelaide, Australia sementara dua lagi ditemui di Madagascar.
Pasukan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah diberitahu mengenai perkara ini dan mengesahkan menerima gambar-gambar objek tersebut (di Pulau Kangaroo),” seorang jurucakap agensi tersebut dipetik berkata kepada AFP.
“Ia perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan dibuat,” katanya.
Sementara itu, menurut rakaman di Channel Seven, serpihan yang ditemui di Pulau Kangaroo yang diliputi dengan rumpai laut dan kayu hanyut dikatakan menyerupai sebahagian daripada pesawat tersebut dengan tulisan di badan serpihan bertulis "Caution No Step".
Setakat ini, lapan serpihan, tidak termasuk penemuan terbaru ditemui beribu-ribu kilometer dari kawasan pencarian di luar pantai Australia barat.
Lima daripadanya disifatkan mempunyai persamaan dengan Boeing 777, manakala tiga lagi masih dalam pemeriksaan.
Menurut wartawan penyiaran Channel Seven, gambaran serpihan tersebut adalah milik MH370 masih belum jelas dan kemungkinan ia adalah daripada Cessna yang pernah terhempas berdekatan pulau tersebut pada tahun 2002.
Setakat ini, pencarian di kawasan pencarian dasar laut sejauh 105,000 kilometer persegi daripada yang ditetapkan iaitu 120,000 kilometer persegi tidak menghasilkan kejayaan.
Nasib pesawat malang itu masih menjadi satu teka-teki sehingga saat ini. Pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Sepang, Malaysia ke Beijing pada bulan Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.