Sebuah badan penyiasatan diketuai Belanda untuk mencari dalang yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 kini menjadi keutamaan sejak beberapa hari lalu selepas sebab kejadian dilaporkan, namun samada suspek akan ditangkap masih menjadi tanda tanya.
Pihak pemerhati membuat kesimpulan pada Rabu berkata kerjasama Rusia dalam penyiasatan untuk mengenal pasti dalang di sebalik insiden pada Julai 17 tahun lalu memainkan peranan penting – tetapi tidak semestinya.
Pesawat itu disahkan ditembak jatuh di timur Ukraine dengan peluru berpandu BUK buatan Russia, menurut Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) ketika membentangkan laporan akhir mengenai nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu.
Pengumpulan kesemua mayat penumpang dari lokasi nahas telah selesai, menurut pakar forensik.
Sekiranya, pihak Rusia bekerjasama dalam kes jenayah, ini bererti pembabitan mereka di Ukraine turut diketengahkan dalam mahkamah perundangan,” kata Tony van der Togt, penyelidik hubungan antarabangsa di Institut Clingendael di The Hague, Belanda.
“Mereka (Moscow) tidak akan menerima hakikat ini,” katanya dalam satu temuramah dengan AFP.
Walaupun, laporan rasmi OVV menyatakan sebab insiden secara rasmi, ianya tetap bertegas tiada siapa yang akan dipersalahkan.
Namun, pengerusi OVV berpendapat dalam laporan tersebut kawasan di mana peluru berpandu dilancarkan sebenarnya berada di dalam kawasan yang dikawal kumpulan pemisah pro-Rusia.
Kenyataan beliau sekaligus menyokong teori Ukraine dan Amerika Syarikat yang senada bahawa pihak pemisah pro-Moscow adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Pengeluar peluru berpandu milik Rusia bertegas menolak dakwaan tersebut, dengan pihaknya menuding jari kepada pihak tentera Ukraine.
Keadilan adalah rumit
Di Belanda, di mana kebanyakan mangsa berasal, orang ramai mula menggesa pihak berkenaan untuk mencari mencari dalang yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.
“Apa yang hilang sekarang adalah orang yang berdosa!" menurut tajuk-tajuk utama dalam beberapa akhbar Belanda dengan media tempatan mengakui bahawa siasatan mungkin tidak lancar, terutamanya jika Rusia tidak bekerjasama.
Pendakwa raya dari Belanda yang menyelaraskan siasatan antarabangsa berkata mereka telah "mengenal pasti orang-orang tertentu" tetapi belum mengeluarkan nama-nama suspek tersebut.
“Siasatan sedang dijalankan dalam keadaan yang sukar, terutama dalam proses pengumpulan bukti dan menemuduga saksi di kawasan di mana konflik bersenjata telah berterusan," kata pendakwa raya.
Selepas laporan tentang kejadian itu dikeluarkan, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa Moscow untuk bekerjasama.
"Kami tahu apa yang berlaku tetapi untuk mendapatkan bukti di sisi undang-undang yang sah untuk menunjukkan siapa pesalah adalah sukar. Ia akan mengambil masa.
“Saya faham ramai orang akan mahu kami membuat kesimpulan dengan cepat ... tetapi jalan ke muka pengadilan adalah cukup rumit. Kita tidak boleh merumitkannya lagi," katanya.
Kemarahan memuncak
Belanda dan sekutunya telah mencapai keputusan diplomatik selepas Rusia membuat resolusi veto Majlis Keselamatan PBB untuk menubuhkan sebuah tribunal khas untuk mengadili pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu.
"Setakat ini, pihak Rusia telah cuba untuk menyemai kekeliruan tentang siasatan nahas udara termasuk bahawa ia telah tidak disiasat secara betul," kata Van der Togt.
"Mereka akan melakukan perkara yang sama (dalam siasatan jenayah)," katanya.
Agensi
Thu Oct 15 2015
Laporan rasmi OVV menyatakan sebab insiden secara rasmi, ianya tetap bertegas tiada siapa yang akan dipersalahkan. - Gambar Fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Usaha Malaysia dapatkan kotak hitam dipuji
Pasukan yang ditugaskan memasuki lokasi MH17 terhempas di Ukraine untuk mendapatkan kotak hitam itu diketuai Kolonel Mohd Sakri Hussin.