MH17: Pesawat ditembak guna peluru BUK-9838 dari Rusia - Penyiasat

Agensi
September 28, 2016 20:19 MYT
Malaysia berkabung pada hari ketibaan mayat yang terkorban dalam tragedi MH17 pada Ogos 22, 2014. - Gambar fail
Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia.
Maklumat ini didedahkan dalam pembentangan Laporan Siasatan MH17 yang diketuai oleh Kumpulan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team) yang diketuai oleh Belanda di Nieuwegein, Netherlands pada Rabu.
Penerbangan MH17 ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.
Pada 17 Julai 2015, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) merumuskan dalam siasatannya bahawa pesawat jenis Boeing 777 tersebut terkena peluru berpandu buatan Rusia, BUK.
Ia dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak pro-Rusia tanpa menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas itu setahun sebelum itu.
Namun, Rusia kemudiannya menafikan perkara itu dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) membuka siasatan baharu terhadap nahas pesawat MH17.
#BUK9838-Series #Laporan Siasatan MH17 #Malaysia Airlines #MH17
;