MH17: Kerja mengalihkan bangkai pesawat di Ukraine selesai
AFP
November 23, 2014 21:03 MYT
November 23, 2014 21:03 MYT
Pakar Belanda selesai mengalihkan bangkai pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 dari lokasi nahas di timur Ukraine pada Ahad, lapor agensi berita AFP.
Serpihan itu kemudiannya dibawa ke sebuah bandar dikawal kerajaan sebelum dihantar ke Belanda.
"(Pengangkutan) bangkai penerbangan MH17 kini dalam perjalanan ke Kharkiv," menggunakan kereta api, menurut Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dalam satu kenyataan.
Lori yang membawa serpihan bangkai yang lebih besar dipandu ke Kharkiv pada Sabtu, katanya.
Pakar Belanda, yang dipertanggungjawab mengalihkan bangkai pesawat juga mengetuai siasatan tragedi perlu membina semula bahagian pesawat malang Boeing 777 ini di Belanda sebagai sebahagian daripada langkah siasatan.
"Apabila bangkai tiba di Kharkiv, pengangkutan ke Belanda akan bersedia," kata OVV.
"Pada ketika ini, kami belum dapat pastikan bila dan dalam cara apa pengangkutan ini akan dijalankan."
Pesawat MH17 telah ditembak jatuh pada 17 Julai di timur Ukraine mengorbankan kesemua 298 penumpang dan juga kru.