Mexico berdepan Taufan Patricia, netizen kongsi gambar 'menakutkan'
Madiha Abdullah
Oktober 23, 2015 11:49 MYT
Oktober 23, 2015 11:49 MYT
PERHATIAN masyarakat antarabangsa hari ini tertumpu kepada perkembangan Taufan Patricia yang kini sedang menghala ke barat daya Mexico.
Apa yang membimbangkan ialah taufan ini pada mulanya hanyalah ribut tropika, namun berubah menjadi taufan dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Dengan membawa angin pada anggaran kelajuan 260 km sejam, taufan yang diletakkan dalam kategori 5 ini dijangka akan turut membawa hujan lebat dan ombak besar.
Di laman sosial, warga Mexico rata-ratanya berkongsi keadaan semasa, selain persediaan mereka menghadapi taufan yang disifatkan sebagai sangat berbahaya ini.
Mereka juga menggunakan laman sosial untuk berkongsi perkembangan terbaharu taufan berkenaan.
Taufan Patricia dijangka melanda kawasan terbabit dalam tempoh 24 jam.
Selain Mexico, bandaraya Texas di Amerika Syarikat dijangka akan turut menerima tempias taufan tersebut.