AS-Mexico bakal meterai pengisytiharan kerjasama
Astro Awani
Julai 8, 2020 07:48 MYT
Julai 8, 2020 07:48 MYT
AMERIKA Syarikat dan Mexico bakal memeterai perjanjian pengisytiharan kerjasama.
Perkara itu dipersetujui selepas pertemuan antara Presiden, Donald Trump dan Presiden Mexico, Lopez Obrador.
Lawatan ini adalah yang pertama buat Obrador sejak menjadi Presiden Mexico.
“Bekerjasama dengan Presiden Lopez Obrador. Kami membawa hubungan ini ke era baharu dan membina kerjasama keselamatan serta ekonomi yang kukuh.
“Kami telah membincangkan banyak isu kompleks melibatkan dua negara yang gagal diselesaikan selama ini. Dan ia berjaya diselesaikan menerusi pertemuan ini,” kata Trump.
Tambah Trump, kerjasama itu benar-benar merupakan detik membanggakan dalam sejarah kedua-dua negara itu.
“Ini benar-benar detik yang membanggakan dalam sejarah bagi kedua-dua negara kita, Mexico dan Amerika Syarikat.
"Dengan kerjasama ini, kami berjanji untuk menutup dan meneruskan persahabatan antara Amerika Syarikat dan Mexico.
“Dan kami akan mempercepat kemajuan menuju hari esok yang lebih hebat lagi. Itulah yang berlaku, yang lebih besar dan mungkin esok yang lebih hebat,” ujarnya.
Trump dan Obrador turut berbincang mengenai perjanjian perdagangan dua negara berkuatkuasa 1 Julai lalu, menggantikan perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara.
Pertemuan turut melibatkan 20 ahli perniagaan dari Amerika dan Mexico.
Untuk rekod, Mexico merupakan rakan dagangan terbesar Amerika Syarikat.
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#ekonomi
#kerjasama
#keselamatan
#lawatan
#Lopez Obrador
#Mexico
#perdagangan
#presiden
#rakan dagangan