Meteor seberat 1.8 kilogram ditemui di Rusia

Agensi
Februari 25, 2013 23:47 MYT
Sekumpulan ahli ekspedisi menemui 100 serpihan meteor dimana satu daripadanya seberat 1.8 kilogram di Tasik Chebarkul.
Ia merupakan penemuan terbesar selepas 10 hari meteor melanda Bandar Chelyabinsk yang menyebabkan hampir seribu orang tercedera pada 15 Febuari lalu.
Cebisan meteor seberat 1.8 kilogram itu ditemui 20 kaki dalam tasik berkenaan yang diselaputi dengan ais.
Menurut salah seorang ahli jawatankuasa Universiti Persekutuan Ural, kajian lanjut perlu dilakukan di tasik berkenaan bagi membolehkan penilaian penuh dijalankan.
Meteor ini dilaporkan memasuki ruang udara kawasan pergunungan ural sebelum menimpa daerah Chelyabinsk.
Kejadian berlaku ketika sebahagian besar mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Sebahagian besar mereka dilapor mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan kaca dan objek lain yang bertebaran.
#Chelyabinsk #meteor #Rusia