Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Astro Awani
Mac 12, 2023 09:00 MYT
Mac 12, 2023 09:00 MYT
SYARIKAT induk Facebook, Meta Platforms akan menamatkan ketersediaan kandungan berita untuk warga Kanada di platformnya jika Akta Berita Dalam Talian negara itu diluluskan dalam bentuk semasa.
Akta Berita Dalam Talian yang diperkenalkan pada April tahun lalu menetapkan peraturan untuk memaksa platform seperti Meta dan Alphabet Google untuk merundingkan tawaran komersial dan membayar penerbit berita untuk kandungan mereka.
Jurucakap Meta berkata, perundangan itu memaksa Meta membayar pautan atau kandungan yang platform itu siarkan, bukan disebabkan kebanyakan orang menggunakan platform itu dan ia adalah tidak mampan dan tidak boleh dilaksanakan.
Kata Meta lagi, ia sebagai alasan untuk menggantung berita dan akses dalam negara.
Langkah Meta dibuat selepas Google bulan lepas mula menguji penapisan berita terhad sebagai tindak balas yang berpotensi kepada rang undang-undang itu.
Industri media berita Kanada telah meminta kerajaan supaya mengenakan lebih banyak peraturan syarikat teknologi untuk membenarkan industri itu membayar balik kerugian kewangan yang dialaminya selama bertahun-tahun kerana gergasi teknologi seperti Google dan Meta semakin memperoleh bahagian pasaran pengiklanan yang lebih besar.
Facebook tahun lalu menimbulkan kebimbangan mengenai undang-undang itu dan memberi amaran bahawa ia mungkin terpaksa menyekat perkongsian berita di platformnya.