Meta didenda EUR1.2 bilion kerana langgar undang-undang data EU

Bernama
Mei 22, 2023 04:15 MYT
Firma itu telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU, menurut DPC. - Gambar fail/Reuters
BERLIN: Syarikat induk Facebook Meta dikenakan denda sebanyak EUR1.2 bilion (US$1.29 bilion) kerana melanggar undang-undang data Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC pada Isnin.
Kes ini berkaitan dengan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan Anglo-Amerika, yang didedahkan oleh pemberi maklumat AS Edward Snowden.
Firma itu telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU, menurut DPC.
DPC ialah pihak berkuasa bebas yang bertanggungjawab menegakkan hak asasi individu di EU bagi melindungi data peribadi mereka.
Tiada kenyataan dikeluarkan pemilik Meta Mark Zuckerberg setakat ini.
-- BERNAMA
#EU #Facebook #Mark Zuckerberg #Meta
;